Tuesday, November 9, 2010

Menjejak Cinta Disepertiga Malam

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT akan turun kelangit bumi pada dua pertiga daripada malam dan bertanya: Siapakah orangnya yang berdoa kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan doanya. Dan siapakah orangnya yang meminta sesuatu akan Ku beri permintaannya. Dan siapakah orangnya yang memohon pengampunan nescaya akan Ku ampuni baginya. (HR Bukhari)

Sepertiga malam (lebih kurang jam 3 pagi) adalah waktu paling sesuai untuk menjejak cinta pada yang Maha ESA. Dikala umat manusia sedang lena dibuai mimpi indah,kita bangkit melawan nafsu tidur dan keseronokkan berehat,semata mata hanya kerna 1 perkara. Mencari redha dan cinta terhadap ALLAH,Tuhan Maha Pencipta.

Mulakan langkah pertama selepas berada di atas sejadah dengan solat sunat Taubat,memohon keampunan dari ALLAH di atas segala dosa yg telah kita lakukan. Kemudian setelah selesai,lakukan pula solat sunat tahajud. Berbanding solat sunat hajat (untuk memohon hajat tertentu),solat sunat Taubat (memohon keampunan),solat sunat istikharah (memohon petunjuk) dan lain2,solat sunat tahajud adalah solat sunat yg dilakukan semata mata kerana ALLAH.

Ini adalah beberapa hadis dan ayat Al Quran yg menceritakan tentang solat sunat tahajud :

Rasulullah SAW bersabda : “Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” (Hadis riwayat Muslim)

Firman ALLAH SWT : “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)

Selesai solat sunat tahajud,cuba alunkan bacaan ‘zikir munajat’. Sebab saat dikala kesunyian inilah paling sesuai melafazkan kata2 cinta. Pasti meresap ke jiwa. Akhir sekali,berdoalah kerna berdoa di sepertiga malam ni,mustajab.

Rasulullah SAW : “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)



Mukhtasim Billah Ibnu Zain.. 11.49 pagi.. 10 November 2010...

No comments:

Post a Comment