Monday, November 19, 2012

SECEBIS CORETAN BUAT GAZA

Saat ku tatap wajah mereka,
Titis air mula mengalir dimata,
Tubuh menggigil sebak dan hiba,
Menahan pedih rasa didada..

Tubuh kecil tidak bernyawa,
Bergelimpangan kaku disini sana,
Raungan dan ratapan dimana2,

Kerna kehilangan insan tercinta..

Yahudi Laknat mengebom Gaza,
Mangsanya sikecil juga wanita,
Islam ditindas sedemikian rupa,
Mampukah aku untuk terus melihatnya..

PadaMu Ya ALLAH aku meminta,
Lindungilah semua saudaraku disana,
Kurniakan bantuanMu pada mereka,
Agar kemenangan dikecap sentiasa..

Ya ALLAH,Binasakanlah yahudi dan sekutunya...

Mukhtasim Billah Ibnu Zain.. 10.37 malam.. Isnin,19/11/12...

Sunday, November 11, 2012

Munajat Seorang Hamba 2



Ya ALLAH
Aku gagal lagi,
Untuk redha pada ujian yg kau beri,
Namun hanya kau yg mengetahui,
Betapa perit hati ini,
Saat perintahMu ku ingkari..

Ampunilah aku Ya ALLAH,Ampunilah hambaMu ini,
Jangan kau biarkan aku terus tewas dan kalah,
Oleh syaitan terkutuk dan sikap amarah,
Bantulah aku menjadi hambaMu yg kau redhai,
Supaya tidak aku menyesal nanti,
Pabila tiba saat kembali,
Ada hakMu yg tidak ku tunai dan patuhi..


Ya ALLAH,
Ingin sekali didalam kehidupanku,
Aku menjadi hamba yg hanya menyintaiMu,
Yg membuat kebaikan bukan kerna dambakan syurga,
Yg menghindar kejahatan bukan kerna takutkan neraka,
Semuanya dilakukan atas dasar cinta,
Cinta Teragung hanya padaMu Maha Pencipta..

Namun aku hanyalah hamba yg lemah,
Tiada kekuatan cuma tahu berserah,
Kurniakan aku daya Wahai Yg Maha ESA,
Agar dapat aku terus istiqamah dalam memuja,
 Keagungan dan kekuasaanMu wahai Tuhan Maha Pencipta...



Friday, July 20, 2012

Munajat Seorang Hamba


Munajat Seorang Hamba

Ya ALLAH,
Ampunilah aku,
Kerna sering mengundang MurkaMu,
Pandulah aku menuju cahaya hidayah,
Hidayah milikMu yg Teragung & Terindah..

Ya ALLAH,
Aku banyak melakukan dosa,
Juga kesilapan dan juga noda,
Saat aku memerlukanMu..

Ya ALLAH,
Ingin sekali ku miliki cintaMu,
Sekalipun ku sedar ia tidak layak bagiku,
Izinkanlah aku merasai,
Cinta kasihMu yang suci..

Ya ALLAH,
Bantulah aku meniti,
Jalanan cintaMu yg hakiki,
Kurniakan aku kekuatan,
Agar Hak Mu dapat ku tunaikan,
Limpahi aku dengan ketabahan,
Nescaya dapat ku harung lembah ujian,
Kerna biarlah saat kutinggalkan dunia,
Bersama cinta dan rindu yg tiada tara,
Hanya padaMu,Yang Maha Esa...

Mukhtasim Billah Ibnu Zain.. 11.35 pagi.. 10 Mei 2012...


Tuesday, January 25, 2011

BICARA HAMBA

Indah permai petang ini,
Dalam lintasan awan memayungi mentari,
Terpaku sebentar si hamba menatapi,
Kecantikan sebenar ciptaan ILAHI..

Dalam diam si hamba berbicara,
Betapa berkuasa yg Maha ESA,
Mencipta kerajaanNya cukup sempurna,
Tanpa tersisa cacat dan cela..

Maha Suci Tuhan Maha Pencipta,
Menciptakan aku sebagai makhluk bernama manusia,
Mengizinkan aku terus berjuang,
Mengumpul catatan amalku yang gersang..

Titisan air mata menitis di pipi,
Mengenang dosa dan kekurangan diri,
Namun betapa pengasihnya ILAHI,
Tetap terus mengurniakan hidayah dan bantuan tanpa henti..

Petang mula merapati senja,
Dibatalkan si hamba perjalanan ke kota,
Langkah beralih ke kubah ibadah,
Untuk menyembah Pengurnia Hidayah...

Mukhtasim Billah Ibnu Zain.. 26 Januari 2011.. 11.01 pagi...

Thursday, November 18, 2010

WAHAI SAUDARIKU..

Wahai saudariku,
Ku tuliskan sebuah catatan,
Buat kalian renung renungkan,
Harapanku Cuma satu,
Moga ada kataku dapat dijadikan ilmu..

Wahai saudariku,
Hebatnya wanita itu,
Bukan pada fasih mulut menuturkan kata,
Tidak juga dari kecantikan tubuh yang menggoda,
Apatah lagi rupawan wajah dan lirikan mata,
Tapi pada dasar ketaatan dan ‘setia’,
Pada ibu bapa dan suami tercinta,
Terutamanya Tuhan yang Maha ESA..

Wahai saudariku,
Usah terlalu mudah melafaz janji,
Kerna sering ia tidak ditepati,
Jangan sekali kau beri harapan,
Yang tidak mampu kau kotakan..

Wahai saudariku,
Perlu sentiasa diingatan,
Jangan kerna parasmu rupawan,
Jangan sebab tuturmu menawan,
Kau biarkan diri tenggelam dalam keangkuhan,
Malah ianya kau salah gunakan..

Wahai saudariku,
Peliharalah lidah dan bibirmu,
Dari mengatakan sesuatu yang tak perlu,
Malah umpat keji yang menyakitkan,
Juga fitnah nista yang menjelikkan..

Wahai saudariku,
Dikaulah teman dikaulah kekuatan,
Kerna itu kau diciptakan,
Namun jangan sekali kau tertewaskan,
Oleh kasihmu yang tiada tandingan,
Lantaran tipu daya insan,
Lelaki2 yang hilang budiman..

Wahai saudariku,
Bajailah jiwamu dengan benih kelembutan,
Siramilah ia dengan air ketaatan,
Pada suami dan Tuhan yg Menciptakan,
Moga kalian ALLAH lindungkan,
Dari Neraka yang cukup mengerikan...


Muktasim Billah Ibnu Zain.. 5.06 pagi.. 19 November 2010...

WAHAI SAUDARAKU..

Wahai saudaraku,
Bacalah sedikit coretan ini,
Yang ku tuliskan ikhlas dari hati,
Moga dapat kita bersama,
Di syurga yang kekal selamanya..

Wahai saudaraku,
Ingatlah hidup ini hanya sementara,
Dari itu janganlah terlalu leka,
Dibuai kebahagiaan sementara,
Sehingga kita melupakan,
Apa yang telah ‘dipertanggungjawabkan’..

Wahai saudaraku,
Wanita adalah kurniaan,
Untuk dipandu meniti lorong kehidupan,
Dan bukannya untuk di ambil kesempatan,
Layanilah mereka dengan hormat dan ihsan,
Bersama kasih yang tiada sempadan,
Jangan sekali kau hadapi mereka,
Dengan nafsu yang penuh didada..

Wahai saudaraku,
Janganlah sekali engkau menyangka,
Yang umur mu masih muda,
Kerna tiada siapa yang tahu,
Bila saatnya Izrail tiba menjemput mu,
Persiapkan diri dengan bahtera iman,
Lengkapinya dengan layar ketaqwaan,
Agar destinasi kembali penuh keberkatan..

Wahai saudaraku,
Marilah bersama membina peribadi,
Sebagai Khalifah ALLAH dimuka bumi,
Supaya tidak kita disoal nanti,
Apakah hakNya yang telah dipatuhi...

Ya ALLAH,moga kau lindungi umat Nabi Muhammad SAW dari tipu daya jin,syaitan dan nafsu yang jahat.. Serta dari kelemahan,kekurangan dan kesilapan diri kami sendiri.. Limpahilah hidup kami dengan Nur Hidayah Mu sepanjang perjalanan kami didunia Mu ini.. Amin Ya ALLAH...


Muktasim Billah Ibnu Zain.. 3.55 pagi.. 19 November 2010...

Tuesday, November 9, 2010

Menjejak Cinta Disepertiga Malam

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT akan turun kelangit bumi pada dua pertiga daripada malam dan bertanya: Siapakah orangnya yang berdoa kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan doanya. Dan siapakah orangnya yang meminta sesuatu akan Ku beri permintaannya. Dan siapakah orangnya yang memohon pengampunan nescaya akan Ku ampuni baginya. (HR Bukhari)

Sepertiga malam (lebih kurang jam 3 pagi) adalah waktu paling sesuai untuk menjejak cinta pada yang Maha ESA. Dikala umat manusia sedang lena dibuai mimpi indah,kita bangkit melawan nafsu tidur dan keseronokkan berehat,semata mata hanya kerna 1 perkara. Mencari redha dan cinta terhadap ALLAH,Tuhan Maha Pencipta.

Mulakan langkah pertama selepas berada di atas sejadah dengan solat sunat Taubat,memohon keampunan dari ALLAH di atas segala dosa yg telah kita lakukan. Kemudian setelah selesai,lakukan pula solat sunat tahajud. Berbanding solat sunat hajat (untuk memohon hajat tertentu),solat sunat Taubat (memohon keampunan),solat sunat istikharah (memohon petunjuk) dan lain2,solat sunat tahajud adalah solat sunat yg dilakukan semata mata kerana ALLAH.

Ini adalah beberapa hadis dan ayat Al Quran yg menceritakan tentang solat sunat tahajud :

Rasulullah SAW bersabda : “Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” (Hadis riwayat Muslim)

Firman ALLAH SWT : “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)

Selesai solat sunat tahajud,cuba alunkan bacaan ‘zikir munajat’. Sebab saat dikala kesunyian inilah paling sesuai melafazkan kata2 cinta. Pasti meresap ke jiwa. Akhir sekali,berdoalah kerna berdoa di sepertiga malam ni,mustajab.

Rasulullah SAW : “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)



Mukhtasim Billah Ibnu Zain.. 11.49 pagi.. 10 November 2010...