Perjuangan,
Sejarah berzaman insan manusia,
Mudah di ungkap tak semudah melaksana,
Tanpanya hidup tiada bermakna,
Tanpa matlamat erti yang nyata..
Perjuangan anak membahagia ibu dan bapa,
Perjuangan suami buat keluarga tercinta,
Perjuangan politik demi agama dan negara,
Perjuangan sebenar hanya untuk yg Maha Esa..
Ungkapan cinta & kasih dipandang lemah,
Tapi kernanya manusia tabah,
Mengharung perjuangan tak kenal kalah,
Pendokong semangat juang lebih terarah..
Ingatlah teman sedarlah taulan,
Seperkara harus diingatan,
Apa sekali yg diperjuangkan,
Jangan tergelincir dari landasan kebenaran...
Sebuah perjuangan tiada sempadan,
Tiap darinya menuntut pengorbanan,
Namun jangan sekali ia ditinggalkan,
Agar saat ‘kembali’,tiada penyesalan...
Abg 92.. 9.29 malam.. 7 Julai 2010...
No comments:
Post a Comment